Hampir Segalanya Tentang Parti Pribumi Mahathir Adalah Ciplak

SEKALIPUN tidaklah disebut secara rasmi, tapi mutakhir ini ramai orang mengenali Mahathir sebagai bapa hijack Malaysia. Apa pun program politik yang ada nilai publisiti, Mahathir akan ada disitu untuk meng’hijack’nya. Bersih, Nothing To Hide dan sebagainya, ini semua bukan asal Mahathir punya event pun tapi dia ambil alih seolah-olah dialah disebalik penganjurannya.

Maka kita tidaklah begitu hairan bila Mahathir menubuhkan parti baru yang dikenali sebagai Pribumi ini, konsep hampir sama digunakan, cuma kali ini ciplak apa yang tersedia dalam persekitaran politik negara ini dan masukkan semua elemen itu dalam parti dia. Dari logo, nama parti, keahlian dan sebagainya, semua menciplak apa yang sedia ada dibuat orang lain.

Logo guna konsep bunga kebangsaan, nama parti ada unsur UMNO (Bersatu), ada unsur Perkasa (Pribumi), keahlian tiru UMNO (Melayu dan Bumiputera), tiru PAS pun ada (ahli Bersekutu) dan sebagainya. Kalau pun ada yang tak berkaitan politik, rekabentuk logo itulah yang dikatakan meniru logo sebuah klinik Botox.

Selain dari itu, tidak ada apa yang baru dan di luar kotak langsung, semuanya sama tak berubah, macam Mahathir jugaklah.

Dan semua ini hanya bercakap tentang nama, logo serta lain-lain perkara asas pada borang yang baru dihantar kelmarin. Kalau dah lulus dan tentu arah strukturnya, dasarnya macam mana nanti, pasti terserlah lebih banyak apa yang diciplak dari yang difikirkan sendiri.

Sedangkan semua parti politik yang ditubuhkan selepas merdeka (waima sebelum merdeka pun), pasti mencari kelainan dan identiti sendiri agar selari dengan matlamat perjuangan yang tak boleh tidak mesti berpaksikan kepada rakyat, atau nanti rakyat akan persoal balik kenapa nak sokong parti itu bila ada parti yang hampir sama wujud?

Datang parti Mahathir, dia dok tiru apa yang sedia ada ni dan jadikan seolah dialah yang mulakan semuanya tu. - MYKMU

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA