Gunalah Geran MRP Dengan Betul - Wan Junaidi



KUCHING : Pertubuhan atau persatuan tidak mampu melakukan aktiviti jika tiada dana untuk melangsungkan aktiviti yang berkaitan kemasyarakatan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong Dato' Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebagai ahli parlimen memang sudah menjadi tanggungjawab berusaha mencari dana bantuan dan peruntukan untuk pertubuhan atau persatuan melakukan aktiviti berfaedah terhadap masyarakat kawasan.

"Harus diingat bahawa bantuan serta peruntukan tersebut digunakan sebaik mungkin.

"Bantuan berkenaan bukan untuk mengadakan jamuan teh atau rumah terbuka kerana ia bertujuan mengaktifkan pertubuhan atau persatuan dengan aktiviti yang sepatutnya," katanya.

Wan Junaidi turut menyampaikan sumbangan MRP berjumlah RM99,000.00 kepada 34 pertubuhan atau persatuan di kawasan P.193 Santubong.

Dalam pada itu Isteri beliau Datin Sri Feona Wan Junaidi yang mewakili BAKTI turut menyampai sumbangan RM600.00 seorang dan jumlah keseluruhan RM5,400.00 kepada 9 orang penerima dalam Majlis Penyerahan Geran MRP di Dewan Serbaguna Pejabat Pusat Khidmat Parlimen P.193 Santubong di Kuching petang tadi.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA