Gunakan Dana Peruntukan Dengan Bijak - Snowdan



BALAI RINGIN : Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) begitu penting untuk mentadbir urus setiap aktiviti penting kampung dan memerlukan dana bagi mengadakan aktiviti bermanfaat bagi penduduk.

ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, JKKK adalah satu badan yang akan mewakili wakil rakyat untuk menyampaikan setiap perkara yang berkaitan aktiviti kampung yang memberi faedah dan manfaat kepada penduduk dan menjadi sumber maklumat buat penduduk.

"Apa-apa dasar kerajaan kepada rakyat JKKK berperanan menyebar kepada rakyat dan mengadakan aktiviti seperti pemimpin bersama rakyat.

"Pentingnya peranan JKKK adalah menjadi mata dan telinga penduduk agar lebih peka terhadap usaha kerajaan untuk pembangunan rakyat," katanya dalam Majli Kesyukuran dan Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Melayu Balai Ringin.

Justeru JKKK memerlukan dana peruntukkan untuk mengaktifkan lagi aktiviti rakyat yang berteraskan rakyat serta membangun rakyat dengan dasar yang kerajaan telah maklum katanya sambil turut menyumbang RM10,000 kepada JKKK, RM5,000 kepada Masjid BalaiRingin, RM5,000 kepada Biro Wanita dan RM5,000 untuk Menaik taraf alat muzik anak muda Balai Ringin.

"Dengan sumbangan dana sebegini, setiap penggunaan dana haruslah dilaksanakan dengan telus agar tidak menjadi persoalan penduduk pada masa akan datang.

"Gunalah sebaik mungkin dana tersebut dan ia lebih baik digunakan untuk faedah dan mafaat penduduk agar penduduk dapat menikmati bersama," katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri isteri beliau Melinda Claudia Lawan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA