Gosip Peluk Islam Buat Isteri Acappan Terluka


GARA-GARA kesilapan netizen tertentu menyebarnya berita palsu menyatakan dirinya telah memeluk Islam, pelawak dan pelakon Accapan pula yang terpaksa menerima akibatnya.

Perkara tersebut didedahkan oleh Acappan yang mendakwa keluarganya masih berasa sedih dan trauma terhadap berita itu meskipun dia sudah berusaha menjelaskan segalanya.

Menurut Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, sukar buat dirinya untuk memulihkan kepercayaan keluarga setelah tersebarnya gosip itu.

“Isteri saya seolah-olah sudah tidak percaya kepada saya lagi dan hatinya masih terluka dengan laporan saya kononnya sudah menukar agama. Agak sukar untuk memujuk dia yang sedang merajuk,” katanya.

Pada masa yang sama, Acappan menjelaskan bahawa keputusan untuk menukar sesebuah agama bukanlah satu perkara mudah sebaliknya dia perlu memikirkan banyak perkara dan sensitiviti pihak-pihak tertentu.

“Saya tak nafikan banyak bercampur dengan rakan-rakan beragama Islam dan mempunyai pengetahuan mengenai agama itu namun belum terbuka hati ke arah memeluk Islam.

“Apabila foto-foto saya di surau menjadi viral, ia bukan sahaja memberi tekanan kepada keluarga saya tetapi kepada diri saya sendiri.

“Anak lelaki senang sikit nak ‘handle’ tapi isteri dan anak perempuan saya, mereka tu seolah-olah tidak percaya kepada saya tetapi saya cuba untuk memujuk mereka,” katanya kepada mStar Online.

Khabar angin mengenai Acappan memeluk Islam tersebar selepas gambarnya berada di sebuah surau untuk berbuka puasa tersebar menjadi viral di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA