GETS Membina Peluang Graduan Untuk Bekerjaya



KUCHING : Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia tetapi masih ketinggalan dari segi fizikal dan pembangunan prasarana awam jika dibandingkan dengan pembangunan Semenanjung Malaysia.

ADUN Demak Laut Dr Hazland Abg Hipni berkata, untuk menyeimbangkan pembangunan tersebut, Kerajaan Sarawak telah merencana strategi yang radikal dan inovatif dan turut menstruktur formula Sarawak Socio-Economic Tranformation Plan (STEP) dan mengejar rancangan untuk melonjakkan pembangunan Sarawak dalam pelaburan yang lebih besar dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

"Seminar Inhancement Traning Sarawak (GETS) di adakan selari dengan perancangan negeri yang memwujudkan pelaburan dari pelbagai pihak termasuk swasta supaya peluang pekerjaan yang bertauliah dan mahir dapat menampung kekurangan pekerja mahir atau profesional,"

"Rakyat turut mendapat lebih peluang pekerjaan dan peluang menjadi usahawan dalam pelbagaibidang lebih terbuka luas," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Seminar GETS yang berlangsung di Hotel terkemuka Bandaraya Kuching pagi tadi.

Beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri cukup mengambil berat tentang isu para graduan yang menganggur di Sarawak yang statistiknya berada pada tahap yang tinggi.

"Kerajaan negeri sentiasa melihat isu pengangguran graduan dan telah menyedari bahawa usaha terancang dan menyelarassecara sistematik adalah penting untuk memastikan rakyat Sarawak terutama graduan mendapat manfaat daripada pertumbuhan yang besar dalam peluang pekerjaan.

"Seminar hari ini cukup berkesan dan semua maklumat cukup tentang fungsi GETS dan bagaimana ia adalah penting kepada pembangunan sosio ekonomi negeri," tambah beliau 

Beliau turut berkata GETS telah berperanan sebagai perhubungan antara pihak swasta dan graduan yang tidak mempunyai pekerjaan dan menjadi sumber pihak swasta untuk medapat tenaga kerja yang mahir dan profesional.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA