GETS Beri Peluang Graduan Tiada Pekerjaan



KUCHING : Kerajaan negeri memandang serius isu graduan yang tiada pekerjaan dan mengambil inisiatif yang lebih sistematik untuk melatih graduan agar mampu mempunyai pekerjaan disamping mendapat latihan formal untuk memenuhi jawatan yang diperlukan oleh majikan atau pihak swasta di Sarawak.

Graduate Enhencement Training Sarawak (GETS) adalah seminar yang akan melatih para graduan untuk mendapat latihan bagi memenuhi peluang-peluang pekerjaan yang memerlukan tenaga mahir dan profesional.

Para graduan akan mendapat latihan selama 12 bulan ke atas latihan kerja untuk memperolehi kemahiran industri yang berkaitan dan meningkatkan kebolehpasaran serta menggabungkan 4 hingga 8 minggu latihan berstruktur.

Selain itu, graduan yang menyertai latihan akan mendapat elaun minima RM1,000 (Graduan Berijazah) dan RM800 (Graduan Berdiploma) yang disalurkan oleh syarikat yang terlibat dan terbuka kepada seluruh graduan yang tiada pekerjaan di Sarawak serta memiliki bidang kelulusan bersesuaian.

Untuk menyertai latihan di GETS, graduan perlu sediakan RESUME, Dokumen Kelulusan Akedemik (Ijazah atau Diploma) dan Surat Sokongan dan hantar kepada :

Tingkat 9
Unit Pembangunan Tenaga Kerja
Jabatan Ketua Menteri
Wisma Bapa Malaysia
93502 Petra Jaya Kuching.

Tel: 082-3112751/311466/312327

atau

Email : gets@sarawak.gov.my








No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA