Geng Rantau Diburu


KUCHING: Polis Sarawak sedang giat mengesan 'Geng Rantau' yang disyaki terlibat dengan kes rompakan kenderaan di Kota Samarahan Selasa lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor.

Beliau berkata, berdasarkan risikan yang dijalankan, polis sudah mengetahui individu terlibat.

"Kita percaya kes ini melibatkan warga asing yang melarikan kenderan. Kes ini mempunyai sesuatu yang tersirat dan ada motif tertentu," katanya.

Sehubungan itu, Mazlan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat dan mengetahui mengenai suspek untuk memaklumkan segera kepada polis.

"Buat masa ini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sedang menjalankan operasi rantau untuk mengesan kumpulan ini," ujarnya.

Selasa lepas, sebuah keluarga ditawan hampir 30 minit di rumah sendiri sebelum kereta dan motosikal milik mereka dilarikan sekumpulan perompak disyaki 'Geng Rantau'.

Difahamkan, insiden berlaku sekitar jam 2 pagi apabila lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang memecah masuk rumah keluarga terbabit di Kampung Stakan Melayu.

Supek melarikan sebuah Toyota Hilux berwarna coklat muda dengan nombor pendaftaran QAA9970E dan sebuah Honda Wave (QAA9970Q).

Beliau menjelaskan, setakat ini sebanyak 30 kes rompakan dilaporkan berlaku manakala sepanjang tahun lepas dengan 28 kes. -Sarawakiana



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA