Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Itali


Gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.2 magnitud telah menggegarkan bandar Perugia, Itali, membunuh sekurang-kurangnya enam orang, pada pukul 3.30 pagi, ketika penduduknya sedang nyenyak tidur.

Usaha mencari dan menyelamat kini dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan. Gempa bumi berkenaan turut mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Beberapa gegaran susulan turut dirasai.

Menurut Datuk Bandar Amatrice, Stefano Petrucci, separuh daripada bandar Amatrice kini sudah lenyap.

“Jalan masuk dan keluar dari bandar itu telah terputus. Tanah runtuh juga berlaku dan jambatan telah runtuh,” katanya kepada radio RAI.

Pada 2009, gempa bumi berukuran 6.3 magnitud turut melanda wilayah Aquila dan mengorbankan lebih 300 orang.-tv14

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA