Gabungan Muka Lama Dan Baru PRS Cawangan Balai Ringin

BALAI RINGIN : Mesyuarat Agung Tiga Tahun sekali Parti Rakyat Sarawak (PRS) pemilihan jawatankuasa baru Cawangan N30 Balai Ringin bagi 2016-2019 menyaksikan 76 ahli jawatankuasa yang telah dipilih.
Seramai 30 ahli dipilih sebagai Jawatankuasa Induk PRS cawangan Balai Ringin, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan dipilih semula sebagai Pengerusi untuk memimpin cawangan tersebut, manakala Tuai Rumah Barnabas Majang seorang muka baru dipilih sebagai Timbalan Pengerusi.


Puan Sula Atim muka lama yang kekal sebagai Ketua Wanita dan Tuai Rumah Lilia Ringan sebagai Timbalan Ketua Wanita antara muka baru yang diketengahkan. Ahli Jawatankuasa Wanita terdiri daripada 23 ahli yang dipilih.

Bagi Ahli Jawatankuasa Pemuda pula muka baru telah dipilih dan Ketua Pemuda Ketua Kaum Ismail Maxwell Abu Bakar telah dipilih dan Timbalan Ketua Pemuda pula disandang oleh Tuai Rumah Luang Penguang. Turut dipilih ialah 23 ahli jawatankuasa pemuda yang kesemuanya muka baru yang menjawat jawatan yang dipertandingkan.


Pemilihan Jawatankuasa Cawangan PRS telah diadakan serentak di seluruh Sarawak pada Sabtu lepas. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA