GAB 30 Sasar Lebih Ramai Ahli, Bantu Tangani Masalah Sosial


KUCHING: Pertubuhan Kebajikan Generasi Anak Bumiputera 30 (GAB 30) menyasarkan keahlian lebih tinggi pada masa akan datang, kata pengerusninya Daud Eali.

Beliau turut berharap agar lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Sarawak menyertai mereka untuk bersama-sama membantu kerajaan memantau seterusnya membantu menangani gelaja sosial di kalangan remaja yang semakin membimbangkan.

Menurutnya, GAB 30 ditubuhkan untuk menarik minat anak muda khususnya beragama Islam menyertai pertubuhan seterusnya mendirik mereka menjadi insan berguna untuk agama, bangsa dan negara.

"Misi GAB 30 adalah untuk membantu kerajaan negeri di peringkat akar umbi dalam menangani masalah sosial di kalangan anak muda dengan membawa mereka mengikuti program kemasyarakatan yang dianjurkan," katanya.

Baru-baru ini GAB 30 mengadakan majlis ramah tamah aidilfitri di Dewan Suarah Kota Samarahan dengan dihadiri 1,000 ahlinya. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA