Feri Bertembung Dengan Bot Di Hong Kong


HONG KONG: Sebuah feri berkelajuan tinggi yang membawa lebih 300 penumpang dan anak kapal bertembung dengan bot nelayan berhampiran Pulau Lantau, lapor media.

Kemalangan berlaku tengah malam, menyebabkan penumpang terkandas selama dua jam bagi membolehkan pemeriksaan dijalankan ke atas feri, menurut South China Morning Post.

Menurut laporan, cuma dua penumpang cedera dalam kemalangan itu yang berlaku di tengah hujan lebat di kawasan itu.

Walaupun bahagian depan bot nelayan rosak, feri penumpang berkenaan dalam keadaan baik dan berupaya kembali ke Macau tanpa bantuan. - AGENSI

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA