Empat Lelaki Cemas Lori Melanggar Pokok


SIBU: Empat lelaki berdepan detik cemas selepas lori yang mereka naiki melanggar sebatang pokok di tepi jalan sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Insiden yang berlaku di Jalan Stabau itu menyebabkan dua daripada mereka tersepit.

Bagaimanapun kesemua mereka bernasib baik kerana hanya patah kaki.


Menurut jurucakap bomba, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Akibat daripada pelanggaran ini, dua mangsa tersepit di bahagian hadapan lori manakala dua mangsa lagi yang menaiki lori sama berjaya dikeluarkan orang awam," katanya.

Kesemua mangsa yang tercedera diserahkan kepada pihak Hospital Sibu untuk rawatan selanjutnya. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA