Dua Rumah Berkembar Hampir Musnah dalam Kebakaran


MIRI: Dua unit rumah kediaman jenis berkembar dua tingkat masing-masing hampir musnah dan mengalami kerosakan dalam kejadian kebakaran di Taman Sevilla jam 11.30 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dua lot kediaman tersebut masing-masing mengalami kemusnahan hampir 70 peratus dan 30 peratus.

Menurutnya, pihak Bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dari orang ramai.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat. - Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA