Dua Olimpik, Dua Warna Pingat Berbeza

Foto Pandelela Rinong_Official
KUCHING: Setiap rakyat Malaysia pada hari ini sudah pasti hangat 'berborak' mengenai kejayaan ratu terjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menempa sejarah dengan melakar pingat perak 10 meter platform serirama wanita Sukan Olimpik Rio 2016 di Pusat Akuatik Maria Len awal pagi tadi.

Pandelela yang berasal dari Kampung Jugan, Bau sekali lagi mengejutkan arena sukan negara dengan kejayaan bersama Jun Hoong itu selepas kejayaannya meraih gangsa pada temasya sama di London 2012.

Dalam akaun Facebook Pandelela Rinong_Official ratu terjun yang berusia 23 tahun itu berkata, empat tahun lepas beliau memenangi pngat gangsa olimpik pertama.

"Hari ini saya memenangi pingat perak Olimpik pertama dan saya tidak keseorangan," katanya. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA