Dua Maut Pertembungan Van Dan Lori Kargo


LIMBANG: Dua maut manakala enam orang tercedera dalam kemalangan melibatkan sebuah van dan lori kargo di Jalan Kubong pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, sebuah van dinaiki lapan penumpang melanggar bahagian belakang lori kargo.

"Terdapat dua orang mangsa tersepit di tempat duduk hadapan penumpang dan penumpang belakang.

"Mangsa berjaya dikeluarkan pihak bomba dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Pemandu dan lima lagi penumpang mengalami kecederaan ringan," katanya. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA