• Dua Lori Pengangkut Kontena Musnah Dalam Kebakaran Bengkel Di Sibu

    Published: Thursday, 18 August 2016
    A- A+

    SIBU: Dua buah lori pengangkut kontena musnah dalam kebakaran sebuah bengkel kereta di jalan Tunku Abdul Rahman disini pada jam lebih kurang 1 petang tadi.

    Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dikerahkan ke lokasi kejadian.

    “Setibanya anggota kami ke lokasi kejadian, didapati dua buah lori pengangkut kontena telah musnah dijilat api.” katanya.

    Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Dua Lori Pengangkut Kontena Musnah Dalam Kebakaran Bengkel Di Sibu "