Dua Gadis Di Afrika Barat Meninggal Dunia Selepas Berkhatan


FREETOWN: Seorang gadis meninggal dunia selepas berkhatan dalam kejadian yang berlaku di Sierra Leone, menurut polis, Khamis, beberapa hari selepas kematian seorang gadis berusia 10 tahun di Guinea.

Pemotongan Genitalia Wanita (FGM) telah tersebar luas di kejiranan negara-negara barat Afrika, dengan kira-kira 90 peratus daripada wanita di kedua-dua negara menjalani proses berkhatan.

Seorang remaja, Fatmata Turay meninggal dunia selepas berkhatan dalam satu upacara inisiasi di perkampungan Mabolleh di utara Sierra Leone dan tiga wanita yang terbabit dengan upacara itu, termasuk ibu saudara mangsa, telah ditangkap, kata polis.

"Satu siasatan terhadap upacara khatan itu yang membawa kepada kematian gadis ini akan dijalankan," kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Sosial Rugiatu Turay.

Kematian itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang gadis berusia 10 tahun di Makpozou, kawasan hutan di selatan Guinea, meninggal dunia dalam keadaan yang sama, menurut kementerian tindakan sosial di negara ini.

Kanak-kanak itu meninggal dunia di kem berkhatan untuk anak-anak gadis, kata kementerian itu.

Kerajaan Guinea menggesa komuniti yang mengamalkan FGM untuk 'berhenti mengorbankan kanak-kanak perempuan', dan berkata ia komited kepada perjuangan menentang 'amalan yang hina'.

Wanita berkhatan adalah perkara biasa di Afrika Barat, di mana ia dianggap sebagai hak perempuan di mana pengamal boleh menjana pendapatan sehingga $50 (RM200) bagi setiap gadis yang dikhatankan.

Sierra Leone baru-baru ini mengesahkan protokol Kesatuan Afrika 2003 yang bertujuan untuk mengharamkan FGM. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA