Dua Anggota Tentera Cedera Dalam Serangan Bom Di Narathiwat


NARATHIWAT: Dua anggota tentera cedera dengan seorang daripadanya parah dalam kejadian serangan bom di Jalan Petchakasem berhampiran Kampung Sompoi di Bacho di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Bacho Kol Pattah Madawa berkata serangan bom pada 7.05 pagi (waktu tempatan) itu menyasarkan lapan anggota tentera yang menaiki empat motosikal ketika bertugas mengawal keselamatan guru.

"Bom seberat 5 kilogram itu diledakkan menggunakan walkie-talkie," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Daerah Bacho sebelum dipindahkan ke Hospital Ratchanakarin di sini.

Sebutir lagi bom seberat 20 kg diletupkan beberapa meter daripada lokasi kejadian pertama tetapi tiada anggota tentera cedera dalam serangan itu, katanya.-mStar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA