Dua Anggota Polis Cedera Digigit Pasangan Suami Isteri Di Matang


KUCHING: Dua anggota polis yang melakukan pemeriksaan keatas sepasang suami isteri cedera digigit pasangan berkenaan di Jalan Matang Baru disini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, sepasang suami isteri dalam keadaan mabuk bertindak agresif keatas dua anggota yang menjalani pemeriksaan keatas mereka dan berlaku cubaan merampas senjata api daripada salah seorang anggota bertugas.

“Sebuah kereta jenis perodua kancil yang dipandu seorang wanita bersama seorang lelaki ditahan oleh anggota yang bertugas dalam sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Matang Baru.

Semasa pemeriksaan keatas bonet kenderaan tersebut dijalankan, berlaku pertengkaran mulut oleh suspek dengan mengeluarkan kata-kata kesat keatas anggota bertugas sebelum bertindak cuba untuk merampas senjata api yang disandang oleh seorang anggota berpangkat Lans koperal.” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Semasa menjalankan tangkapan terhadap lelaki berkenaan, isteri kepada lelaki tersebut menghampiri anggota terbabit dan terus membuka bajunya sehingga nampak coli sambil mencabar anggota polis supaya menangkapanya.

Berlaku sedikit pergelutan dimana kedua-dua suspek cuba meloloskan diri dengan mengigit tangan anggota yang menangkapnya .

Kedua-dua suspek masing-masing berumur 41 dan 44 tahun itu kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA