Dr Sim Minta Ahli Majlis Beri Perkhidmatan Terbaik

KOTA SAMARAHAN : Ahli Majlis yang telah dilantik seharusnya memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat agar setiap masalah akan sampai ke pihak kerajaan.

Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Prof. Dr Sim Kui Hian berkata imej dan perkhidmatan baik perlu ditonjolkan agar penduduk menerima maklumat tentang dasar kerajaan dengan cepat dan mudah difahami.

"Ahli Majlis perlu bekerjasama dengan rakyat serta peka terhadap keperluan rakyat setempat agar dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan masyarakat.

"Di samping itu juga perlu ada kerjasama yang baik dengan wakil rakyat kawasan agar wakil rakyat cepat mendengar masalah rakyat dan tindakan seterusnya dapat diambil," katanya pada Majlis Angkat Sumpah Pengerusi, Timbalan Pengerusi Dan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Samarahan di Dewan Suarah Samarahan di sini sebentar tadi.

Beliau turut menyatakan akan menyokong setiap usaha yang dibangkitkan melalui kementeriannya dan akan berusaha membantu setiap masalah yang disuarakan.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Samarahan Puan Rubiah Wang, ADUN Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo, ADUN Stakan Datuk Seri Ali Mahmud dan ADUN Batu Kitang Lo Kher Chiang.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA