Donald Trump Sebenarnya Banyak Hutang


Washington – Syarikat yang dimiliki Donald Trump berhutang kira-kira AS$650 juta (RM2.6 bilion), lebih separuh daripada yang difailkan pasukan kempennya, lapor akhbar New York Times, semalam.

Akhbar itu mengggunakan khidmat sebuah syarikat maklumat hartanah untuk menyelidiki data terhadap 30 syarikat yang ada hubungan dengan calon parti Republikan dalam pilihan raya Amerika Syarikat itu, termasuk pejabat dan padang golf.

Selain itu, sebahagian kekayaan Trump juga dikaitkan dengan tiga syarikat yang mempunyai hutang berjumlah AS$2 bilion (RM8 bilion) dengan beberapa peminjam.

Bilionair itu menggunakan rekod kejayaan hartanahnya yang didakwanya bernilai AS$10 bilion (RM40 bilion) dan berkata, kejayaannya itu menjadikan dia layak untuk menjadi presiden.

Dia bagaimanapun menolak desakan dan tekanan, termasuk daripada partinya sendiri supaya mendedahkan cukai pendapatannya dan siasatan itu menunjukkan betapa banyaknya perniagaan Trump masih misteri.

Antara peminjamnya ialah sebuah bank terbesar di China yang dituduh musuh ekonomi Amerika Syarikat dan bank pelaburan Golden Sachs, yang didakwa membantu pesaingnya, Hillary Clinton dari parti Demokrat.

Selaku presiden, menurut akhbar itu, Trump boleh membuat keputusan yang akan memberi pengaruh besar terhadap empayar perniagaannya. – Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA