Diplomat Korea Utara diusir dari Bangladesh seludup rokok

gambar hiasan
Bangladesh telah bertindak mengusir seorang diplomat kanan Korea Utara selepas lelaki itu didakwa cuba membawa keluar satu juta batang rokok seludup serta barangan elektronik yang bernilai hampir setengah juta dolar Amerika (RM2.01 juta).

Han Son Ik yang juga Setiausaha Pertama Kedutaan Korea Utara di Dhaka merupakan diplomat kanan kedua yang diusir keluar dari negara itu setakat ini.

Setiausaha Luar Bangladesh, Shahidul Haque mengesahkan arahan itu diberikan kepada Korea Utara, tetapi enggan memberikan jadual pelepasan beliau.

Bangladesh mengusir seorang diplomat Korea Utara selepas ditangkap menyeludup lebih satu juta rokok serta peralatan elektronik ke negara ini dalam kontena kapal. - Foto AP

Media tempatan berkata, beliau diarah keluar serta merta.

“Kami meminta Korea Utara untuk membawanya pulang kerana melanggar norma diplomatik,” kata Haque, yang enggan memberikan butiran lanjut.

Seorang pegawai kanan kastam memberitahu AFP, warga Korea Utara itu menggunakan kekebalan diplomatiknya awal bulan ini untuk mengimport barang-barang yang disyaki untuk tujuan pasaran gelap.

“Diplomat itu mengisytiharkan kargo mengandungi makanan dan minuman ringan. Tetapi apabila kargo dibuka, kami menemui 1.6 juta batang rokok mahal dan barangan elektronik, kata ketua perisikan kastam Bangladesh, Moinul Khan kepada AFP.

“Mengikut harga pasaran, produk-produk berkenaan bernilai lebih 35 juta taka (RM1.7 juta). AFP gagal menghubungi kedutaan Korea Utara untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Tahun lalu, sebuah restoran Korea Utara di Dhaka ditutup selepas pegawai mendapati ia menjual arak dan ubat-ubatan seperti Viagra tanpa kebenaran.- BNBBC News

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA