Dipaksa Jadi Pelacur Pada Usia 14 Tahun


AMERIKA SYARIKAT: Malang bagi seorang gadis berusia 14 tahun, apabila dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan ratusan lelaki, hanya dalam tempoh setengah bulan, gadis muda ini terpaksa melayani 288 lelaki di sebuah hotel.

Namun, akhirnya penderitaan gadis itu berakhir, apabila polis Silver Spring Maryland berjaya menangkap dalang di sebalik kejadian itu, lapor Washington Post.

"Kami telah berjaya menangkap Saran Rogers, 34, dan Dierra Victoria Lee Thomas, 19, mereka akan ditempatkan di Pusat Penahanan Montgomery Country dan harus menyediakan wang jaminan sebanyak AS$80,000 (RM319,604)," petik jurucakap polis.

Pihak polis berkata, mereka berdua dituduh kerana memaksa gadis itu menjadi pelacur dan memperalatkan gadis tersebut.

Sementara itu, gadis itu memberitahu polis bahawa, kedua-dua lelaki itu yang baru dikenalinya menghubunginya melalui telefon dan Instagram.

"Kedua-dua lelaki itu menjanjikan bayaran sekitar AS$200 (RM799) untuk kerja yang saya lakukan di hotel," kata gadis berkenaan.

Namun ternyata janji tinggal janji. Gadis itu mengaku selama bekerja di hotel, dia tidak pernah menerima wang sesen pun, dan di sana dia dipaksa menjadi pelacur, dan apabila dia menolak untuk melayan pelanggan, kedua-dua lelaki itu akan memukulnya. - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA