Diburu cederakan Tuai Rumah dan isteri

MIRI: Polis Diraja Malaysia(PDRM) memburu lelaki berusia 26 tahun yang terbabit dalam kes mencederakan Tuai Rumah Jambai Jali dan isterinya pada November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Dev Kumar berkata, suspek dikenali sebagai Kong Chin Bing berasal dari Sibu, yang juga seorang dari empat suspek yang terbabit dalam kes itu

Menurutnya, tiga suspek lelaki berusia 23 sehingga 29 tahun dengan seorang daripadanya terbabit dalam kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong sudah dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini.

"Ketiga-tiga suspek itu adalah Mohd fitri Fauzi,29 (terbabit dalam kes tembak Bill Kayong), Tu kah Chiong,27, dan Raymond Sim Yeat Choon,23.

"Mereka dituduh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama kerana cuba membunuh dan dan Seksyen 427 Kanun Kesekaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama," katanya.

Pada 26 November tahun lalu, Tuai Rumah Jambai Jali dan isterinya yang ketika itu menaiki kereta dikejar oleh suspek dari stesen minyak Petronas, Jalan Piasau sebelum mangsa terbabas di Bulatan Pelita.

Suspek kemudiannya menyerang kedua-dua mangsa menggunakan pedang samurai dan kayu besbol sebelum melarikan diri.

Kejadian dipercayai berpunca akibat pertikaian tanah Hak Adat Pribumi(NCR) di Bekelit, Bekenu.- Hmetro

3 comments:

  1. Terbaik..,utk PDRM kecekapan beginilah yg rakyat inginkan sgai penguatkuasa yg menegakan undang2 jng pandang duit disorg tu.., duit boleh dicari maruah jangan tergadai...,

    ReplyDelete
  2. Terbaik..,utk PDRM kecekapan beginilah yg rakyat inginkan sgai penguatkuasa yg menegakan undang2 jng pandang duit disorg tu.., duit boleh dicari maruah jangan tergadai...,

    ReplyDelete
  3. Tiba2 cekap..setelah Bill Kayong dibunuh..

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA