Derrona ditemui selamat


KUCHING: Teka-teki dimana keberadaan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilarikan oleh abang iparnya sendiri terjawab setelah 48 jam dilaporkan hilang dan diselamatkan anggota polis pada jam 3.15 petang semalam..

Mangsa, Derrona Joylyn Joseph ditemui dalam belukar berhampiran Padang Kerbau tidak jauh dari lokasi penemuan kereta suspek ketika melarikannya.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Junaidi Bujang ketika dihubungi berkata, sepasukan anggota bersama pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menemui mangsa diikat dengan menggunakan tali plastik.

"Ketika ditemui mangsa masih lengkap berpakaian seragam sekolah,dan didapati beberapa bungkus bekas makanan disisinya" katanya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan serta pemeriksaan lanjut termasuk rawatan trauma.

Kelmarin, Derrona dilaporkan hilang selepas mengikuti seorang lelaki menaiki kereta perodua viva berwarna putih dipercayai abang iparnya sendiri namun kedua-duanya tidak balik kerumah.

Suspek kini ditahan pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurung dengan cara salah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA