DBKU Ajak Warga Kota Kibar Jalur Gemilang



KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengajak setiap warga kota mengibarkan jalur gemilang sebagai langkah menyemarakkan bulan kemerdekaaan.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, usaha tersebut bukan sahaja terhad di bandar sebaliknya perlu juga dipraktik di luar bandar dan premis perniagaan.

"Ia sebagai tanda sokongan kepada bulan kemerdekaan. Semua pihak perlu terlibat dalam menyemarakkan bulan kemerdekaan dengan mengibarkan jalur gemilang," katanya pada Majlis Kibar Jalur Gemilang DBKU di sini, hari ini.

Malah menurutnya, kibaran jalur gemilang juga sebagai satu tanda penghargaan kepada perwira negara yang berkorban menuntut kemerdekaan.

"Pengorbanan perwira negara tidak ternilai dan kita perlu hargai mereka," ujarnya.

DBKU tidak pernah gagal mengadakan majlis tersebut dan ia dijadikan sebagai acara tahunan. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA