Cuai Kendali Senjata Api Masih Berlaku


KUCHING: Kecuaian dalam pengendalian senjata api masih berlaku walaupun pelbagai arahan dikeluarkan pucuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung perkara itu, kata Komandan Pulapol Kuching SAC Azman Salim.

Menurutnya, ia mencerminkan kelemahan disiplin dalam mengawal senjata api yang dibekalkan selain boleh mengancam nyawa dan menggugat ketenteraman awam.

"Sentiasa berwaspada semasa menjalankan tugas terutama kepada mereka yang membawa atau menggunakan senjata api dibekalkan agensi.

"Walaupun peringatan demi peringatan dikeluarkan namun masih berlaku kecuaian dalam pengendalian senjata api," katanya pada majlis penutupan Kursus CSG Siri 24/20, Kursus PRS Siri 2/2016, Kursus Pengendalian Kes Seksual Siri 1/2016, Kursus Pengawal Keselamatan DBKU Siri 1/2016 dan Kursus Memandu E2 Siri 1/2016 di sini, hari ini.



Sebaliknya Azman berkata, anggota keselamatan dan penguatkuasa perlu sentiasa berhati-hati serta peka terhadap persekitaran tempat kerja yang terdedah kepada sebarang ancaman jenayah atau militan.

"Perhatian sepenuhnya perlu diberi tumpuan terhadap tempat-tempat yang dikunjungi orang ramai terutama bank, lapangan terbang, pusat beli-belah, premis perniagaan dan sekolah yang boleh dijadikan sasaran mudah pengganas atau militan," ujarnya. -Sarawakiana.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA