Cadangan Menaiktaraf Majlis Daerah Samarahan Mendapat Sokongan



KOTA SAMARAHAN :Kepesatan pembangunan Kota Samarahan telah di asaskan oleh kepimpinan terdahulu yang mementingkan pembangunan yang berteraskan rakyat sehingga Samarahan telah berada ketahap pembangunan yang memberangsangkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Prof. Dr Sim Kui Hian berkata pembangunan Samarahan yang begitu rancak dan kini bergelar Kota Ilmu adalah hasil idea bijak kepimpinan terdahulu.

"Samarahan bukan lagi sebuah perkampungan yang kecil tetapi berubah menjadi sebuah daerah yang menjadi pusat sebagai gedung ilmu negeri Sarawak.

"Pertumbuhan penduduk dan penempatan perumahan semakin menggalak dan tugas Majlis Daerah semakin bertambah dar masa ke semasa," katanya ketika berucap di Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Samarahan sebentar tadi.

Beliau turut menyatakan seharusnya Majlis Daerah Samarahan sudah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Samarahan memandangkan Samarahan sudah begitu pesat membangun.

"Kementerian Kerajaan Tempatan menyokong cadangan untuk menaik taraf Majlis Daerah Samarahan.

"Cadangan tersebut akan dibawa ke pihak atasan dan berharap cadangan tersebut akan menjadi realiti suatu hari nanti," tambahnya lagi.

Turut hadir Ahli Parlimen Kota Samarahan Puan Rubiah Wang, ADUN Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo, ADUN Stakan Datuk Seri Ali Mahmud dan ADUN Batu Kitang Lo Kher Chiang.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA