Bukannya Anti-Najib Tetapi Pro-Mahathir

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 23 Ogos 2016.

Kebanyakkan Muslim berpendapat bahawa anda perlu mempercayai kedua-dua Qur’an dan Hadith. Menurut mereka, jika tidak mempercayai kedua-duanya, ditambah dengan tidak mempercayai Allah, Nabi Muhammad dan beberapa perkara lain, makanya orang itu bukanlah Muslim.

Ada juga yang percaya hanya pada Qur’an tetapi bukan pada Hadis. Mereka berpendapat bahawa Qur’an adalah wahyu terakhir dan muktamad daripada Allah dan Qur’an adalah lengkap. Jika begitulah, mengapa perlu adanya kitab suci tambahan sebagai pelengkap?

Mereka juga mengatakan bahawa dakwaan daripada pendakwah Hadis yang mengatakan mempercayai hanya pada Qur’an tanpa mempercayai Hadis adalah tidak cukup kerana banyak perkara yang tidak lengkap atau tidak dijelaskan dalam Qur’an, yang mana Hadis telah membantu untuk menerangkannya, bercanggah dengan dakwaan yang Qur’an adalah yang terakhir dan paling lengkap.

Itulah pendapat daripada kedua-dua belah pihak dalam bahas tentang Hadis. Apa yang cuba saya sampaikan ialah, mereka yang menolak Hadis dipanggil anti-Hadis. Kumpulan ‘anti-Hadis’, bagaimanapun, membangkang gelaran itu dan menegaskan yang mereka sepatutnya digelar pro-Quran (memandangkan mereka memanggil diri mereka gerakan ‘Quran alone’).

Bukankah ianya sangat merumitkan? Apa-apa pun, apabila mereka yang percaya akan Hadis menggelar mereka yang tidak sebagai anti-Hadis, ia memberikan mereke yang tidak percayakan Hadis satu imej yang negatif kerana anti bersifat negatif. Anti-Yahudi, anti-Cina, anti-Melayu, anti-Islam, anti-gay, anti-Kristian, dan lain-lain... semuanya adalah label yang negatif. Dan tiada sesiapa yang suka digelar anti-Islam atau anti-Melayu dalam negara seperti Malaysia (pro-minoriti adalah lebih baik).

Jadinya, Kempen Anti-Najib atau ANC tidak mahu lagi digelar sebagai anti-Najib. Anti-Najib adalah negatif. Mereka mahu label yang positif supaya mereka boleh memiliki imej yang positif. Jadi kini mereka patut digelar pro-Mahathir dan bukannya anti-Najib. Pro-Mahathir adalah lebih baik daripada anti-Najib.

Jika anda menentang Perdana Menteri Najib Tun Razak, ia bukanlah kerana anda anti-Najib, tetapi kerana anda menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad ataupun pro-Mahathir. Anda percaya akan apa yang Mahathir lakukan dan telah lakukan selama 50 tahun sejak 1969. Anda percaya yang Mahathir boleh menyelamatkan Malaysia dan cuba untuk menggulingkan Najib hanya kerana ingin menyelamatkan Malaysia dan bukannya sebab lain. Anda percaya yang pembangkang berpecah belah dan diancam kemusnahan dan hanya Mahathir yang boleh menyelamatkan dan menyatukan pembangkang. Anda percaya tanpa Mahathir, pembangkang tidak akan mempunyai peluang untuk mengambil alih Putrajaya sehingga ke akhirnya.

Segelintir orang Cina, yang mana percayakan feng shui, percaya bahawa label yang positif adalah sangat penting untuk feng shui yang bagus. Label yang negatif akan menarik feng shui yang tidak bagus. Dan ini akan menjadikan ianya sangat penting memandangkan pada hari parti baru Mahathir, Pribumi, dilancarkan, Mahathir terpaksa dikejarkan ke hospital.

Orang Cina ini menerangkan apa yang berlaku di Terengganu pada tahun 1999. Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad, tergelincir dan jatuh sebaik sahaja dia masuk ke pusat penamaan di Kemaman untuk memfailkan kertas penamaannya. Ramai yang terkejut dan mengatakan yang ianya adalah petanda tidak baik. Ini menunjukkan yang Wan Mokhtar akan kalah dalam pilihan raya itu.

Memang betul. Bukan sahaja Wan Mokhtar gagal memenangi kerusi, bahkan seluruh negeri jatuh ke tangan PAS. Mereka merasakan yang Wan Mokhtar tidak patut bertanding dalam pilihan raya itu dan sepatutnya menarik diri. Tetapi dia berdegil dan mengakibatkan Umno kehilangan keseluruhan negeri.

Kesimpulannya, jangan memandang rendah kepada feng shui. Wan Mokhtar membuatkan Umno kehilangan keseluruhan negeri kerana mengabaikan feng shui. Ramai yang merasakan apabila Mahathir terpaksa dikejarkan ke hospital pada hari pelancaran partinya juga adalah feng shui tidak baik. Dan dengan presiden parti berdepan dengan skandal seks dengan isteri orang, ini tidak memulihkan langsung feng shui parti itu. Jadinya mereka perlu memperbaiki feng shui dengan menghapuskan label negatif seperti anti-Najib dan menggantikannya dengan label positif seperti pro-Mahathir.

Jadi, kita tidak lagi bercakap mengenai menjadi penyokong anti-Najib atau menyokong Kempen Anti-Najib atau ANC. Kita kini bercakap bahawa mereka yang menentang Najib adalah daripada gerakan pro-Mahathir atau Pribumi. Jika anda menentang Najib, ianya bermaksud anda menyokong Mahathir dan parti Melayu-sahaja Pribumi. Ianya seperti anda bukannya anti-Hadis tetapi pro-Qur’an.

Link asal artikel :
http://www.malaysia-today.net/it-is-not-anti-najib-but-pro-mahathir/

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA