Bukan Mudah Mempertahankan Kebenaran

Dunia politik Malaysia hari ini lebih tercemar dengan persepsi negatif yang keterlaluan. Lebih-lebih lagi ia satu persepsi yang menjurus kearah fitnah.

Seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu wawancara, memang sudah asam garam pemimpin akan cuba diconteng arang ke muka demi untuk mencapai satu agenda sehingga fitnah pun dijadikan senjata.

Memang benar seperti apa yang diperkatakan oleh Najib. Yang sepatutnya berlaku pembaca atau rakyat perlu berfikir terlebih dahulu kenyataan yang belum tentu sahih. Akal logik perlu digunakan sebaik mungkin kerana perkara yang tidak sahih boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal dan memusnahkan apa yang telah terbina selama ini.

Sebagai contoh semasa PRU yang lepas di mana pihak pembangkang cuba menyerang kerajaan dengan isu 40,000 bamgladesh yang dibawa masuk sebagai pengundi hantu.

Logik akal berfikir bagaimana 1000 buah kapal terbang jumbo boleh mendarat di lapangan terbang pada masa tersebut. Oleh itu cerita berkenaan memang tidak dapat masuk akal memandangkan jumlah pendaratan di lapangan terbang KLIA sekalipun tidak sampai seratus pendaratan sehari, inikan pula seribu buah kapal terbang.

Di sini persepsi memang mudah dicipta dan dimomokkan. Malangnya rakyat Malaysia masih mudah terpengaruh dan lebih berminat untuk mendengar atau membaca cerita sedap sahaja kerana persepsi negatif lebih mudah untuk menyerang berbanding mempertahankan kebenaran.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA