Budak Perempuan 7 Tahun Cedera Disondol Lembu Jantan


SEEKOR lembu jantan dirakamkan mengamuk setelah terlepas daripada kandang dan sempat lagi menyondol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Sebuah rakaman amatur berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan beberapa warga bandar Alfamen di Zaragoza Sepanyol berdiri di atas sebuah kereta yang diparkir di kawasan berkenaan.


Mangsa yang berusia tujuh tahun itu merupakan rakyat Romania dan telah menetap di sana dikatakan disondol sebanyak dua kali di bahagian punggungnya.

Walaupun telah melarikan diri, lembu yang terlepas daripada kandang itu masih mengejar mangsa dan sekali lagi menyondol di bahagian badannya.

Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dikejarkan ke sebuah hospital kanak-kanak di Zaragoza.

Doktor yang merawat kanak-kanak tersebut memberitahu, mangsa berada dalam keadaan stabil kerana tiada kecederaan dalaman.

Beberapa orang lelaki dipuja sebagai hero kerana berjaya mengalihkan perhatian dan menangkap lembu berkenaan.

Tambah Datuk Bandar, Alejandro Gil, kejadian itu merupakan satu kemalangan yang tidak diduga. Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan telah mengambil langkah-langkah keselamatan kerana kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku.

Malah pihak polis juga sedang menjalankan siasatan bagi menentukan punca kejadian itu berlaku. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA