'Budak' 24 Tahun



Segamat: Melihat susuk tubuhnya sekarang, pasti ramai yang tidak menyangka Mohd Amirul Othman berusia 24 tahun namun disebabkan penyakit barah saraf otak yang ditanggung, dia seperti kanak-kanak enam tahun.

Anak sulung daripada lima beradik itu disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak dilahirkan membuatkan seluruh umurnya dihabiskan di atas katil kerana tidak boleh berjalan selain sering diserang sawan dan demam.

Malah, disebabkan tahap kesihatan Mohd Amirul yang semakin merosot sejak beberapa bulan lalu, berat badannya susut mendadak dan kini hanya seberat tujuh kilogram berbanding 30 kilogram sebelum ini.

Bapanya, Othman Amat, 48, berkata, sebelum dilahirkan Mohd Amirul lemas dalam kandungan menyebabkan kerosakan pada urat saraf di otak yang turut merencatkan tumbesarannya dan keadaan itu jelas dilihat kerana ketinggiannya hanya 1.04 meter.

Katanya, Mohd Amirul juga tidak boleh bercakap dan hanya terbaring menyebabkan beberapa bahagian badannya melecet di samping kakinya bersilang dan sering mengalami masalah membuang air besar dan demam.-Harian Metro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA