Bolt Raih Emas Ketiga 100m Olimpik



RIO DE JENEIRO: Usain Bolt dari Jamaica mencipta sejarah apabila menang 100 meter (m) Olimpik Brazil dengan catatan masa 9.81 saat, emas Olimpik ketiga berturut-turut miliknya.

Kemenangan itu menjadikan pelari pecut itu semakin hampir untuk meraih satu lagi sejarah Olimpik iaitu pingat ketiga untuk tiga Olimpik berturut-turut bagi acara 100m, 200m and the 4x100m berganti-ganti.

Ia menjadikan Bolt, 29, satu-satunya pelari pecut yang menyapu semua tiga emas dalam tiga temasya Olimpik berturut-turut.

Pada larian sebentar tadi, pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Justin Gatlin menang perak (9.89s) dan pelari Kanada, Andre de Grasse (9.91s) memperoleh gangsa. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA