Bolt raih emas 200 meter

RIO DE JANEIRO - Pelari terpantas di dunia, Usain Bolt memenangi emas ketiganya bagi acara 200 meter dalam temasya sukan olimpik di Stadium Olimpik di sini sebentar tadi.

Pelari dari Jamaica berusia 29 tahun itu mencatatkan masa 19.78 saat diikuti pelari Kanada, Andre de Grasse untuk pingat perak dengan catatan masa 20.02 saat manakala atlet Perancis, Christophe Lemaitre gangsa (20.12 saat).

Bolt yang sudah memenangi acara 100 meter terus memburu emas ketiganya berturut-turut dalam temasya berkenaan apabila bakal turun dalam acara 4x100 meter bersama pasukan Jamaica esok. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA