Blok Pekerja Ladang Di Lawas Hangus Dalam Kebakaran


LAWAS: Sebuah blok kediaman pekerja di sebuah ladang di sini hampir musnah dalam satu kebakaran.

Tindakan pantas pekerja ladang memadamkan kebakaran blok kediaman pekerja terbabit dengan menggunakan 25 unit alat pemadam api berjaya memadamkan kebakaran berkenaan daripada merebak ke blok-blok lain.

Menurut jurucakap bomba, setibanya anggota bomba ke lokasi kejadian, didapati sebuah blok 
kediaman pekerja terbakar bermula dari  bilik tidur. sebelum merebak ke bahagian siling dan atap.

"Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pekerja ladang dengan menggunakan alat pemadam api dan pihak bomba hanya memadamkan sisa-sisa api menggunakan saluran bantu dari tangki jentera,"katanya.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA