Blok Lama SK Sundar Musnah Dalam Kebakaran



LAWAS: Sebuah blok lama SK Sundar musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 6.40 pagi tadi.

Orang awam yang menyaksikan insiden tersebut menghubungi bomba sekitar jam 6.46 pagi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, selepas menerima panggilan, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas dikerahkan ke lokasi kejadian.

Jarak lokasi kejadian dan balai bomba lebih kurang 28km.

"Sampai ditempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah blok sekolah lama satu tingkat jenis tidak kekal," katanya.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA