Bilionair Saudi Selamatkan Donald Trump Dari Muflis


Ankara: Bilionair Saudi, Putera Al Waleed bin Talal berkata, dia menyelamatkan calon parti Republikan dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump daripada muflis sebanyak dua kali.

Dalam wawancara dengan akhbar Turki, Hurriyet, putera itu menyifatkan Trump sebagai orang yang tidak tahu mengenang budi dan manusia yang tidak mempunyai hati yang baik.

Menurut Al Waleed, dia membeli hotel Trump ketika hartanah itu hampir dirampas oleh beberapa bank.

Dia juga membeli kapal layar daripada bilionair hartanah itu ketika Trump sekali lagi diancam muflis.

Al Waleed menggesa Trump menarik diri dari persaingan merebut jawatan presiden Amerika Syarikat dengan berkata, hartawan hartanah itu hanya memalukan parti Republikan dan juga Amerika Syarikat. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA