Bila Diktator Bercakap Soal Demokrasi

MEMANG amat melucukan apabila seorang pemimpin yang dilabelkan sebagai diktator mula melaungkan demokrasi pada penghujung usia beliau.

Baru-baru ini, Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar bahawa parti politik baru iaitu Pribumi yang ditubuhkanya akan memulihkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang kononnya dinafikan dan disalah-gunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Masihkah anda ingat, Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah menyatakan pada tahun 1988 “Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu) mesti diguling. Dia menggunakan undang-undang kejam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mendiamkan pengkritiknya.”, (sumber wikipedia).

Malahan, ramai diantara pemimpin pembangkang telah ditahan di bawah ISA termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR.

Datuk Seri Najib yang dituduh tidak mengamalkan demokrasi pula merupakan Presiden Umno yang merintis sistem baharu pemilihan parti tersebut yang menyaksikan akar umbi Umno turut terlibat secara langsung memilih kepimpinan bahagian dan Majlis Tertinggi. Perwakilan daripada cawangan, yang sebelum ini hanya menentukan kepimpinan bahagian, kini turut diberi peluang memilih kepimpinan peringkat pusat.

Bukti ini menunjukkan bahawa Najib merupakan seorang yang cukup “gentleman” dan berani untuk menghadapi realiti politik terkini dan bukannya sekadar berlindung disebalik kekangan yang dicipta untuk “mencantas” dan “menyelamatkan” diri dan kedudukan seperti yang dilakukan oleh Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Semasa era Mahathir sebagai perdana menteri, beliau menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap penentang dan pengkritik kerajaan tanpa dibicarakan. Pada 2001, sepuluh penyokong (bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim ditahan tanpa dibicarakan berhubung dakwaan bahawa mereka adalah pengganas. Malahan terdapat banyak kes apabila individu ditahan, didakwa dan disabitkan kerana bercakap benar semasa Mahathir memegang jawatan perdana menteri. Berdasarkan bukti ini, adakah Mahathir seorang pengamal demokrasi? Tidak sama sekali.

Oleh itu, sememangnya lucu apabila seorang pemimpin yang tidak mengamalkan demokrasi melaungkan perjuangan demokrasi.

- PRU114.tv

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA