• Bermain Pokemon Go Dalam Kawasan Larangan Dikenakan Tindakan Menceroboh - KPN

    Published: Wednesday, 17 August 2016
    A- A+

    Putrajaya  : Mereka yang bermain permainan maya Pokemon Go di kawasan larangan dianggap menceroboh dan boleh dikenakan tindakan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

    Beliau berkata sekalipun Malaysia tidak mempunyai undang-undang untuk menyekat permainan maya itu, namun polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya mendapat laporan berkaitan pencerobohan.

    "Memang ia hanya permainan tetapi saya hendak ingatkan bahawa semua balai polis dan kawasannya adalah kawasan larangan, itu ada undang-undang jadi sesiapa yang menceroboh kawasan larangan boleh diambil tindakan. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Bermain Pokemon Go Dalam Kawasan Larangan Dikenakan Tindakan Menceroboh - KPN "