Berjaya Tangkap Semua Watak Pokemon GO, Warga Singapura Nafi 'Main Tipu'


SEORANG warga Singapura, Terence Ho mendakwa berjaya menangkap kesemua watak Pokemon selepas 10 hari bermain permainan Pokemon GO.

Namun, isu timbul apabila Ho didakwa tidak mempratikkan cara yang betul untuk menangkap kesemua 145 watak Pokemon tersebut.

Ho dikatakan akan meminta rakannya yang menemui mana-mana watak Pokemon untuk menangkapnya, menggunakan akaun miliknya.

Ini berbeza dengan apa yang biasa dilakukan oleh pemain-pemain yang lain di mana mereka perlu mengejar watak-watak Pokemon di serata tempat jika ingin menangkapnya.

Melalui cara ini, Ho berjaya mendapatkan Kangaskhan, watak Pokemon yang hanya boleh didapati di Australia dan New Zealand.

Namun, memetik temuramah dengan The Straits Times, Ho berkata apa yang dilakukannya bukan satu bentuk penipuan, sebaliknya ia adalah 'teknik kreatif'.

Dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook, Ho berkata dia tidak gemar untuk terlalu fokus dan terikat kepada peraturan pertandingan.

Sebaliknya, melalui 'teknik' yang diamalkannya, dia bukan sahaja dapat menangkap semua Pokemon, tetapi juga dapat menjalin persahabatan.

Pokemon GO mula dilancarkan di Asia Tenggara kira-kira tiga minggu lalu. - Astro Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA