Berhati-Hati 'Game' Ada Unsur Judi


KUCHING: Generasi muda Islam di negeri ini dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sebarang aplikasi permainan telefon bimbit yang mempunyai unsur judi, kata Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya.

Juanda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng berkata, penglibatan dalam permainan seperti itu amat merugikan selain membuang masa.

"Jika hanya permainan biasa tanpa pertaruhan maka ia hanya permainan sahaja. Masalah adalah apabila bermain permainan dalam telefon bimbit  yang ada pertaruhan sama ada dalam bentuk duit, kredit yang perlu dibayar atau hadiah.

"Ini jelas judi, membuang duit dan merugikan masa selain berdosa kerana bermain judi," katanya.

Malah menurutnya, masyarakat pada masa sekarang perlu berusaha gigih dan memanfaatkan masa dengan baik.

"Hanya mereka yang memanfaatkan masa dengan baik sahaja yang akan berjaya, yang leka akan terus mundur ke belakang," ujarnya.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA