• Beregu Utama Negara Melangkah ke Perlawanan Akhir

    Published: Tuesday, 16 August 2016
    A- A+
    KUCHING: Beregu utama lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya melangkah ke perlawanan akhir sukan badminton pada Sukan Olimpik Rio setelah menewaskan beregu China, Chai Biao-Hong Wei.

    Gandingan itu berjaya menundukkan China dengan mata 21-18, 12-21 dan 21-17 pada aksi separuh akhir sebentar tadi.

    Kejayaan tersebut sekaligus mengesahkan kem negara menambah dua lagi pingat pada temasya Olimpik kali ini.

    Sementara itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mara ke perlawanan akhir lewat pagi tadi. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Beregu Utama Negara Melangkah ke Perlawanan Akhir "