Benarkah PM Najib Memang Zalim

Pelbagai usaha pihak pembangkang untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia merangkumi berbagai cara gagal mencapai apa yang sepatutnya. Sehingga mereka menggunakan hasutan dan menuduh Najib sebagai manusia yang zalim.

Kalau diikutkan, memang Najib zalim kerana beliau begitu menzalimi diri sendiri sehingga sanggup menerima serangan pihak pembangkang dengan hati terbuka.

Najib juga zalim dengan masa sendiri kerana sanggup memikirkan masalah rakyat sepanjang masa terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin.

Beliau juga menzalimi kewangan negara sehingga sanggup berkongsi hasil negara kepada golongan sasar dengan memberi BR1M kepada golongan tersebut sebagai mengimbangi kewangan rakyat yang memerlukan bantuan.

Pada masa sama Najib turut zalim tidak membina projek mega yang tidak menguntungkan rakyat kerana Najib lebih mengutamakan projek berteraskan rakyat seperti membina klinik-klinik 1 Malaysia, UTC, Kedai Rakyat 1 Malaysia, sekolah-sekolah, PR1MA, dan sebagainya.

Najib juga zalim terhadap kroni-kroni seperti kroni-kroni era Tun Mahathir dengan membahagi projek kepada syarikat-syarikat kecil khususnya bumiputera sepertimana apa yang berlaku kepada projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang syarikat bumiputera kecil (kelas F) yang berbilang kaum telah terlibat.

Pada masa ini juga Najib masih bertindak zalim apabila mengarah 1MDB disiasat mengikut saluran undang-undang seperti dakwaan pembangkang yang mendakwa 1MDB menyeleweng.

Ternyata PM Najib memang seorang yang zalim terhadap diri sendiri sehingga diperlakukan sesuka hati oleh pihak yang ingin menjatuhkan kepimpinan beliau dan kezaliman tersebut diterjemah oleh Najib dalam tindakan membela rakyat dengan dasar mensejahterakan rakyat.- MJ/Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA