Belut Sungai Panjang 2 Meter Tewas



LAWAS : Seorang penjawat awam jabatan kerajaan Sarawak tidak menyangka mendapat belut sungai sepanjang 2 meter ketika memancing di Sungai Lawas telah menjadi pengalaman berharga buat beliau.

Ezam Akma 44 berkata, inilah pengalaman pertama beliau mendapat belut yang begitu panjang dalam hidup beliau.

"Kail telah dibuang pada sebelah malam dan cuma menyedari kail telah mengena pada sebelah pagi.

"Pagi tadi saya melihat kail sudah tegang dan menarik kail selama 15 minit dan mendapati belut tersebut telah didapati lemah," katanya.

Beliau turut menyatakan setelah dinaik ke daratan beliau mendapati belut tersebut panjangnya 2 meter dan berat 5 kilogram ketika ditemubual Sarawakiana pagi tadi.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA