Belum ada notis usul bubar DUN Terengganu

Speaker Datuk Mohd Zubir Embong mengesahkan beliau tidak menerima notis berkaitan usul membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ekoran krisis politik di negeri itu.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman turut menyatakan bahawa Zubir tidak notis 14 hari.

Sehubungan itu katanya, beliau idak akan tunduk kepada tekanan supaya dibubarkan DUN bagi menyelesaikan pergolakan terbaru politik di Terengganu.

Malah katanya, beliau tidak akan berundur ekoran tekanan segelintir pihak.

Ahmad Razif juga tidak mengambil serius terhadap sebarang kemungkinan DUN akan tergantung di negeri itu semasa sidang itu akan diadakan pada Isnin depan.

Kemelut terbaru politik Terengganu ekoran ‘serangan’ Datuk Seri Ahmad Said terhadapnya selepas usul tidak percaya pada sidang DUN terdahulu.

Menteri Besar itu menegaskan bahawa “semuanya berjalan lancar dengan keluarga UMNO” di Terengganu dan menyatakan bahawa tidak akan ada pilihan raya negeri mengejut.

“Senario politik di negeri ini adalah stabil walaupun ada sesetengah pihak yang mencetuskan masalah sebelum sidang DUN,” katanya.

Kesemua sembilan exco menghadiri mesyuarat Exco semalam, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib yang mengadakan sidang media pada Selasa dengan membuat kritikan terhadap Menteri Besar dan mempertahankan Ahmad Said.

Sementara itu, sumber rapat dengan Menteri Besar berkata, isu pilihan raya negeri mengejut dibincangkan dalam mesyuarat tertutup dua hari lalu.

Mesyuarat tersebut bersepakat bahawa cara terbaik untuk menyelesaikan dilema yang timbul ialah menerusi pembubaran DUN dan mengadakan pilihan raya baharu.

“Masalah berlaku membabitkan segelintir Adun dan bukan majoriti. Kita bersetuju jika terdapat desakan, MB tidak akan berundur tetapi akan menghadap Sultan untuk membubarkan sidang DUN. Semua dalam Umno bersedia dengan pilihan raya mengejut dan penentuan akan dibuat pada 8 Ogos,” menurut sumber itu.

Barisan Nasional menang tipis di Terengganu pada pilihan raya umum lalu, dengan memperoleh kemenangan sebanyak 17 kerusi, manakala PAS 14, dan satu oleh PKR.

Setahun kemudian, Ahmad Razif menggantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Ahmad Said yang merupakan Adun Kijal akan memberi tekanan setiap kali sidang DUN diadakan.

Ucapannya yang ‘berapi-api’ pada satu majlis UMNO di Kemaman pada Sabtu dilihat sebagai isyarat bahawa beliau akan mencetuskan lagi kekecohan dalam sidang DUN pada Isnin. - BNBBC News

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA