Bayi Nyaris Maut Selepas Telan Mangga Kunci


SEORANG bayi berusia dua bulan nyaris maut selepas dia menelan mangga kunci yang disuapkan oleh abangnya ke dalam mulutnya dalam satu kejadian yang mengejutkan di Fujian, China..

Keadaan itu hanya diketahui apabila seorang lagi abangnya mencari mangga berkenaan.

Mangga tersebut berukuran 1.5cm x 0.9cm dan bersaiz sebesar kuku jari.

Selepas mengetahui anaknya menelan mangga tersebut, ibunya telah memeriksa mulut bayi itu namun gagal melihat objek terbabit di dalam mulut.

Dia kemudiannya membawa bayi tersebut ke hospital dan pemeriksaan doktor mengesahkan memang mangga tersebut berada dalam badan bayi berkenaan.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor memutuskan untuk membenarkan bayi itu pulang dan membiarkan mangga tersebut keluar dengan sendiri bersama najisnya.

Bayi terbabit diberi makan bijirin dan minyak kacang untuk memudahkan proses pembuangan air besar.

Hanya lima hari selepas itu, barulah mangga itu keluar menerusi najisnya.

Menurut doktor, bayi itu bernasib baik kerana mangga itu boleh menyebabkannya lemas atau mengakibatkan halangan kepada ususnya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA