Barcelona Benarkan Neymar Kekal di Brazil


NEYMAR hanya akan kembali ke Barcelona selepas perlawanan antarabangsa pada September setelah dia menyertai skuad Brazil bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia bertemu Ecuador dan Colombia.

Penyerang berusia 24 tahun itu mengetuai pasukan ketika meraih kemenangan pingat emas Sukan Olimpik selepas menewaskan Jerman menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Maracana.

Pengendali pasukan Barcelona, Luis Enrique, memberikan pelepasan buat Neymar untuk kekal di Brazil dan bakal terlepas aksi La Liga bertemu Athletic Bilbao.

Gabriel Barbosa dan Gabriel Jesus yang diketuai Neymar di bahagian serangan skuad Olimpik, turut disenaraikan ketua jurulatih skuad senior Brazil, Tite, untuk beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.

Penjaga gol Atletico Paranaense, Weverton, dan pemain tengah Beijing Guoan, Renato Augusto, juga terpilih untuk bergandingan dengan Marquinho dan Rodrigo Caio

Rakan sepaukan Marquinhos di Paris Saint-Germain, Thiago Silva, terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan untuk perlawanan bertemu Ecuador pada 1 September dan Colombia pada 6 September di Arena da Amazonia di Manaus.

Tite dipilih sebagai pengganti Dunga sebagai ketua jurulatih selepas Brazil tersingkir dalam peringkat kumpulan di Copa America Centenario dan tanggungjawab Tite adalah untuk Brazil layak beraksi di Russia 2018.

Skuad penuh Brazil untuk aksi kelayakan Piala Dunia:

Penjaga gol: Alisson (Roma), Marcelo Grohe (Gremio), Weverton (Atletico Paranaense)

Pertahanan: Gil (Shandong Luneng), Marquinhos (PSG), Miranda (Inter) Rodrigo Caio (Sao Paulo), Dani Alves (Juventus), Fagner (Corinthians), Filipe Luis (Atletico Madrid), Marcelo (Real Madrid)
Tengah: Casemiro (Real Madrid), Giuliano (Zenit), Lucas Lima (Santos), Paulinho (Guangzhou Evergrande), Philippe Coutinho (Liverpool), Rafael Carioca (Atletico Mineiro), Renato Augusto (Beijing Guoan), Willian (Chelsea)

Penyerang: Gabriel Barbosa (Santos), Gabriel Jesus (Palmeiras), Neymar (Barcelona), Taison (Shakhtar Donetsk). - Astro Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA