Barat Sarawak Dijangka Sedikit Berjerebu Disebabkan Peningkatan Titik Panas di Kalimantan Barat


KUCHING: Keadaan berjerebu di Lembah Klang dan beberapa kawasan di sekitarnya beransur pulih pagi ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Bagaimanapun beliau berkata, keadaan di Barat Sarawak dijangka sedikit berjerebu disebabkan jerebu merentas sempadan dan peningkatan titik panas di Kalimantan Barat.

Setakat jam 6 pagi menurutnya, sebanyak 23 kawasan mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) baik dan sebanyan 27 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU sederhana.

"Bacaan IPU tertinggi adalah di Jalan Pegoh, Ipoh iaitu 75 (sederhana). Tiada kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat," katanya menerusi kenyataan akhbar.


Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura, pada 18 Ogos bilangan 'hot spot' di Sumatera (tujuh) dan Kalimantan meningkat kepada 183 berbanding 177 pada 17 Ogos.

Dalam Malaysia pula, sebanyak 15 'hotspot' dikesan iaitu kesemuanya di Sarawak iaitu di Serian, Sibu, Sarikei, Sri AMan dan Kuching. -Sarawakiana.



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA