Bapa Gembira Azizulhasni Dapat Pingat Gangsa

Foto Berita Harian

DUNGUN: Bapa jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang, 28, bersyukur kerana anaknya menyumbang pingat untuk kontinjen negara serta mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Biarpun sekadar memperoleh pingat gangsa, Awang Muda Embong, 67, menyifatkan pencapaian anaknya amat membanggakan.

Hari ini, Azizulhazni menambah koleksi pingat kontinjen negara apabila memenangi tempat ketiga pada acara final Keirin di Sukan Olimpik Rio.

Awang Muda Embong, 67, berkata dalam hatinya dia menaruh harapan Azizulhazni bakal meraih pingat walaupun pada peringkat saringan, anaknya sekadar menduduki tangga kelima.

"Firasat saya sangat kuat dan saya tahu Jijoe akan bertarung habis-habisan. Kira-kira jam 5.32 pagi tadi, anak mengejutkan saya dari tidur untuk menyaksikan Azizulhazni bertanding," katanya yang ditemui di rumahnya di Jalan Teratai, di sini.

Awang Muda berkata, lima adik beradik Azizulhazni turut datang ke rumahnya untuk bersama-sama menyaksikan pertarungan Jijoe di kaca televisyen.

"Rumah kami riuh rendah dengan sorakan kami semua yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Jijoe," katanya. -BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA