Banjir di Sudan ragut 100 nyawa


KASALA: Kira-kira 100 kematian dicatatkan di seluruh Sudan, manakala beribu rumah musnah dan beberapa perkampungan tenggelam selepas banjir akibat hujan lebat, menurut pegawai dan jurugambar AFP, semalam.

Beribu penduduk di negara miskin timur Kasala yang bersempadan dengan Eritrea terpaksa berpindah selepas sungai Gash melimpah dan membanjiri perkampungan yang dihuni oleh petani.

Penduduk terpaksa berlindung di dalam pondok diperbuat daripada rumput di bukit selepas banjir memutuskan jalan utama antara timur Sudan dan ibu kotanya, Khartoum.

Jurugambar AFP yang melawat dua buah kampung teruk dilanda banjir berhampiran ibu kota wilayah Kasala berkata, penduduk kampung terpaksa mengharungi air separas pinggang untuk mencari makanan, air minuman bersih selain ubat-ubatan di tengah-tengah kekurangan sumber bekalan itu.

Ramai penduduk, kebanyakan kanak-kanak dilihat minum air hujan berlumpur. - AFP

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA